PENGENALAN HIMSAK UITM

 
Adalah menjadi keperluan dan tanggungjawab bagi generasi muda agar dinamis dan mampu untuk bertindak sebagai aset negara. Ia penting agar visi dan misi Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan. Oleh yang demikian, pembentukan imej dan kepimpinan mereka bagi memartabatkan maruah agama, bangsa, dan negara perlu dipupuk dan disemai dari sekarang. HIMSAK adalah persatuan berdaftar di bawah naungan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Y.B. Dato’ Sri Mustapa Mohamed yang mempunyai objektif jelas penubuhan ke arah membentuk keperibadian serta imej para siswazah dan graduan sebagai pemangkin pada masa hadapan.

HIMSAK di Peringkat Kebangsaan secara rasminya telah ditubuhkan pada 1 Jun 2006 dan merupakan salah satu organisasi kepimpinan peringkat kebangsaan yang mana dianggotai oleh kelompok mahasiswa dan lepasan graduan negeri Kelantan dalam usaha untuk menguat dan memantapkan jalinan kerjasama antara siswazah selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara mereka. Namun begitu, HIMSAK UiTM terbuka kepada semua pelajar dan tidak terhad kepada pelajar Kelantan sahaja.

Keruntuhan akhlak dan moral yang menular di kalangan remaja ini turut dikaitkan dengan kepincangan pendidikan dan pengetahuan agama yang semakin disisih oleh masyarakat, kerana sikap lepas tangan dan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain. Kesannnya, pencapaian akademik mereka “ibarat hidup segan, mati tak mahu”. Lebih menyedihkan lagi golongan remaja yang terjerumus ini majoritinya terdiri dari kumpulan Bumiputera Melayu. Justeru itu, kegagalan untuk membendung gejala ini akan memberi impak yang amat besar dalam usaha kerajaan untuk membentuk generasi berdinamik bagi mengapresiasikan visi wawasan ke arah dunia alaf baru.

Atas kesedaran ini, HIMSAK ingin menyumbangkan bakti dan tenaga kepada negara untuk sama-sama memperkukuh dan memperteguhkan jati diri golongan muda yang terdiri dari remaja dan belia ini ke arah visi wawasan yang murni, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, demi martabat agama, bangsa dan negara melalui program-program yang telah dirancang.

Di Universiti Teknologi MARA, HIMSAK UiTM yang ditubuhkan akan membuka keahlian kepada semua pelajar tanpa mengira kaum, tempat tinggal dan negeri asal. Skop keahlian adalah tertumpu kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang berpotensi menjadi pemimpin dan mencapai kejayaan yang lebih baik di masa hadapan.

 

Today, there have been 2 visitors (3 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free