DOA RASMI HIMSAK UITM

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

اَللَّهُمَّ يَا رَحْمـنُ يَا رَحِيْمُ

Kami menadah tangan memohon kehadrat-Mu ya Allah agar perjumpaan kami diberkati, dirahmati dan sentiasa berada di bawah sinar keredhaan-Mu.

اَللَّهُمَّ يَا قَهَّارُ

Kami berdoa ke hadrat-Mu ya Allah agar kami dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk kami menjalankan amanah dalam memperjuangkan visi dan misi HIMSAK UiTM dengan jayanya.

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبُ

Jadikanlah hasil kerja kami sebagai hasil kerja yang cemerlang dan berkualiti demi memajukan masyarakat dan negara serta dipelihara dalam pemuliharaan dan keredhaan-Mu.

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ

Peliharakanlah dan lindungilah pemimpin-pemimpin kami di peringkat Negara, mahupun di peringkat Universiti dan Persatuan. Jadikanlah perjuangan mereka sebagai perjuangan yang diredhai dan diberkati-Mu. Limpahilah mereka dengan rahmat-Mu diatas keihlasan perjuangan mereka demi kemajuan agama, bangsa dan tanah air.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.



Today, there have been 1 visitors (4 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=